Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,500 - MB

Abu Bakar
Abu Bakar
A
A
A

KANGAR - Semua penjawat awam negeri Perlis bagi lantikan tetap, kontrak dan sementara serta MySTEP akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM1,500.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, bantuan khas kewangan secara sekali beri itu yang akan dibayar pada 13 Mac ini diharap dapat menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi kerja seluruh penjawat awam negeri ini.

"Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan tuan puan dalam meraikan Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 2 Tahun 2026 di sini pada Isnin. 

Abu Bakar berkata, pemberian bantuan khas itu bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam negeri agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang demi rakyat negeri Perlis. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Semua penjawat awam negeri Perlis akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,500
  • Bantuan ini akan dibayar pada 13 Mac
  • Menteri Besar Perlis berharap bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan untuk meraikan Aidilfitri
  • Bantuan ini merupakan bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan penjawat awam
  • Tujuannya untuk meningkatkan semangat dan prestasi kerja penjawat awam Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!