Bonus raya RM1,000 untuk penjawat awam Pahang

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan ini bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
"Bantuan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berharap agar pemberian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
"Ini sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan," ujarnya.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri itu
- Bantuan ini bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri
- Bantuan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri
- Bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri
- Pemberian ini diharap dapat menyuntik semangat kepada warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

