Johor umum bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan gaji

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji kepada 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak negeri itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook berkata, bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.
"Kerajaan negeri berharap pemberian ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti dalam memacu Johor ke tahap lebih baik,” katanya.
Onn Hafiz berkata, pemberian bantuan itu melibatkan 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan badan berkanun negeri. - Bernama
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji
- Pemberian ini melibatkan 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak di Johor
- Bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
- Tujuan pemberian adalah untuk menjadi pemangkin kepada penjawat awam berkhidmat dengan amanah, dedikasi dan integriti
- Pemberian bantuan meliputi 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja PBT dan 992 kakitangan badan berkanun negeri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

