Masjid Sultanah Bahiyah tuan rumah WQH Kedah

Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar lokasi penganjuran WQH Kedah. Gambar kecil: Norshahila
Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar lokasi penganjuran WQH Kedah. Gambar kecil: Norshahila
A
A
A

ALOR SETAR – Pelbagai aktiviti komuniti akan dianjurkan bagi memeriahkan penganjuran World #QuranHour (WQH) peringkat negeri Kedah pada Rabu ini.

Program di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini dijangka menghimpunkan 500 peserta bagi bersama-sama membaca, memahami dan menghayati Surah al-Muzzammil selama satu jam bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Norshahila Hashim berkata, pihak penganjur turut merancang aktiviti sampingan yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah mempromoskan penganjuran WQH Kedah yang dijadualkan pada Rabu ini.
Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah mempromoskan penganjuran WQH Kedah yang dijadualkan pada Rabu ini.

Menurutnya, antara aktiviti tahunan yang diadakan ialah pertandingan gambar terbaik yang memberi peluang kepada peserta merakam gambar kreatif semasa program sebelum dihantar kepada penganjur.

“Selain itu, pertandingan nasyid kanak-kanak turut diadakan di Kedah Digital Library, manakala pertandingan gubahan sejadah pula akan berlangsung di Perpustakaan Awam Kedah dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelbagai aktiviti komuniti akan dianjurkan untuk memeriahkan World #QuranHour di Kedah
  • Program utama di Masjid Sultanah Bahiyah menghimpunkan 500 peserta untuk membaca, memahami Surah al-Muzzammil
  • Norshahila Hashim mengatakan aktiviti sampingan dirancang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat
  • Pertandingan gambar terbaik diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan
  • Pertandingan nasyid kanak-kanak dan gubahan sejadah diadakan di Kedah Digital Library dan Perpustakaan Awam Kedah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!