Mat motor Kelantan sokong World #QuranHour, mahu buktikan ‘mat rempit otak jangan sempit’

Komuniti permotoran di Kelantan tampil menyatakan sokongan terhadap kempen World #QuranHour dengan menjadikan platform itu sebagai ruang mendekatkan golongan penunggang motosikal kepada al-Quran.
Komuniti permotoran di Kelantan tampil menyatakan sokongan terhadap kempen World #QuranHour dengan menjadikan platform itu sebagai ruang mendekatkan golongan penunggang motosikal kepada al-Quran.
A
A
A

KOTA BHARU - Komuniti permotoran di Kelantan tampil menyatakan sokongan terhadap kempen World #QuranHour dengan menjadikan platform itu sebagai ruang mendekatkan golongan penunggang motosikal kepada al-Quran.

Presiden dan Pengasas Kelab Gabungan Permotoran Kelantan, Ahmad Tarmizi Mustafa atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Sky’ berkata, penyertaan komuniti dua roda dalam program tersebut mampu memberi pendedahan kepada ahli kelab mengenai kepentingan memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Menurut beliau, gabungan berkenaan menghimpunkan 14 kelab permotoran dengan keahlian seramai 1,200 orang di seluruh negeri.

"Bagi pandangan saya, World #QuranHour ini sangat bagus kerana selain kita beriadah melalui aktiviti permotoran, kita boleh selitkan pengisian tentang al-Quran kepada ahli kelab.

"Ia memberi pendedahan kepada ahli tentang al-Quran dan boleh membawa kita kepada persahabatan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar beliau, persepsi negatif terhadap komuniti penunggang motosikal juga perlu diubah kerana golongan itu sebenarnya tidak lalai dan sentiasa terbuka untuk mendalami ilmu agama.

Tambahnya, mereka mahu membuktikan pemain motor juga boleh mendekati al-Quran.

"Orang selalu kata ‘mat rempit’, tetapi bagi saya ‘mat rempit otak jangan sempit’.

"Kita mahu komuniti ini lebih positif dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kempen World #QuranHour tahun ini memberi tumpuan khusus kepada penghayatan Surah al-Muzzammil sebagai usaha membina kekuatan jiwa dan karakter masyarakat.

World #QuranHour dijadualkan berlangsung pada 11 Mac ini akan diadakan di Masjid As Siddiqin, Pengkalan Chepa dan menjadi sebahagian daripada kempen pembinaan insan yang menekankan kekuatan dalaman, keseimbangan emosi serta pembentukan generasi berakhlak dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Ringkasan AI

  • Komuniti permotoran di Kelantan menyokong kempen World #QuranHour untuk mendekatkan golongan penunggang motosikal kepada al-Quran
  • Kelab Gabungan Permotoran Kelantan menghimpunkan 14 kelab dengan keahlian seramai 1,200 orang
  • Kempen ini dianggap sebagai platform untuk mengisi aktiviti permotoran dengan pengisian tentang al-Quran
  • Inisiatif tersebut bertujuan mengubah persepsi negatif terhadap komuniti penunggang motosikal dan menunjukkan bahwa mereka terbuka untuk mendalami ilmu agama
  • World #QuranHour tahun ini memberi tumpuan kepada penghayatan Surah al-Muzzammil untuk membina kekuatan jiwa dan karakter masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!