Masalah parkir HSB bakal selesai, parkir bertingkat siap hujung April

Dr Dzulkefly menyantuni pesakit semasa lawatan kerja di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada Sabtu.
Dr Dzulkefly menyantuni pesakit semasa lawatan kerja di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Masalah kekurangan tempat letak kereta yang sekian lama berlaku Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dijangka selesai apabila kemudahan parkir bertingkat baharu siap sepenuhnya pada hujung April ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, projek berkenaan menyediakan sebanyak 500 petak parkir berbumbung serta 400 petak parkir terbuka dan dijangka siap mengikut jadual pada 30 April sebelum dibuka kepada orang ramai.

Menurutnya, kemudahan yang menelan kos RM13.96 juta itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambah baik prasarana hospital kerajaan yang menerima jumlah pengunjung tinggi setiap hari.

“Pembinaan parkir bertingkat ini diyakini dapat mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di kawasan hospital ini selain memberi lebih keselesaan kepada pesakit, pelawat dan kakitangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke HSB di sini pada Sabtu.

Jelas Dr Dzulkefly, bagi tempoh 2023 hingga 2025, kementerian turut menyalurkan peruntukan pembangunan kepada HSB sebanyak RM6.93 juta yang melibatkan 63 projek secara keseluruhan.

Dr Dzulkefly (dua dari kanan) melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) kedua di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada Sabtu.
Dr Dzulkefly (dua dari kanan) melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) kedua di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian juga menambah peralatan Makmal Invasif Kardiologi (ICL) kedua di hospital berkenaan bernilai RM22.5 juta bagi meningkatkan kapasiti rawatan pesakit jantung.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ICL kedua itu menyaksikan tempoh menunggu pesakit untuk menjalani prosedur jantung di hospital ini dijangka dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

“HSB juga mempunyai enam doktor pakar kardiologi yang komited dalam memastikan perkhidmatan rawatan jantung dapat diberikan secara lebih cekap kepada pesakit,” ujarnya.

Tambahnya, pembangunan dan penambahan kemudahan baharu di HSB diharap mampu memperkukuhkan peranan hospital itu sebagai pusat rujukan utama bagi rawatan kesihatan di wilayah utara Semenanjung.

Ringkasan AI

  • Masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Sultanah Bahiyah dijangka selesai dengan pembinaan parkir bertingkat baharu yang siap pada hujung April
  • Projek tempat letak kereta menyediakan 500 petak berbumbung dan 400 petak terbuka dengan kos RM13.96 juta
  • Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselesaan pengunjung serta kakitangan hospital
  • Peruntukan RM6.93 juta diberikan untuk 63 projek pembangunan di HSB dari 2023 hingga 2025
  • Penambahan peralatan Makmal Invasif Kardiologi bernilai RM22.5 juta dijangka dapat mengurangkan masa menunggu rawatan jantung sebanyak 50%

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!