Perang dijangka berpanjangan, Iran bakal gunakan senjata strategik baharu

Ali Mohammad Naeini. Foto Agensi
Ali Mohammad Naeini. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN – Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigadier Jeneral Ali Mohammad Naeini memberi amaran bahawa Iran bersedia menghadapi konflik jangka panjang sambil mendedahkan bahawa negara itu bakal memperkenalkan generasi baharu senjata strategik yang belum pernah digunakan di medan perang.

Menurut Naeini, Iran sudah membuat persediaan untuk menghadapi peperangan yang berpanjangan sebagai langkah menghukum pihak yang dianggap sebagai penceroboh terhadap negara itu.

Beliau menegaskan bahawa gelombang serangan yang dilaksanakan setakat ini di bawah Operasi Janji Benar 4 hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kemampuan sebenar ketenteraan Iran.

Beliau turut memberi bayangan bahawa Iran masih mempunyai pelbagai teknologi dan sistem persenjataan baharu yang belum digunakan secara meluas.

Jelasnya, inisiatif ketenteraan baharu serta senjata canggih itu akan diperkenalkan dalam operasi akan datang.

“Musuh perlu menjangkakan pukulan yang menyakitkan dalam setiap gelombang operasi yang akan datang,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat ketika laporan mengenai serangan peluru berpandu jenis Khayber ke arah Tel Aviv muncul, yang menurut pihak Iran menunjukkan tahap ketepatan tinggi.

Serangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada siri tindak balas ketenteraan Iran dalam konflik yang semakin memuncak di rantau Asia Barat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Iran bersedia menghadapi konflik jangka panjang
  • Negara itu bakal memperkenalkan generasi baharu senjata strategik
  • Persediaan ini sebagai langkah menghukum penceroboh
  • Iran mempunyai teknologi dan sistem persenjataan baharu
  • Serangan peluru berpandu Khayber menunjukkan tahap ketepatan tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!