Bantuan Prihatin: LHDN nafi minta maklumat perbankan menerusi SMS

KUALA LUMPUR- Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial setakat 9 malam ini oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.
1. LHDN Malaysia menafikan dakwaan bahawa pihaknya meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS berhubung bantuan PRIHATIN.
2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpu (DBKL) menafikan telah mengeluarkan notis pembatalan Bazar Aidilfitri di Jalan Raja, Kuala Lumpur bagi tahun 2020 - BERNAMA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
