Perang semakin merebak di Asia Barat

BEIRUT - Situasi di Asia Barat kian tegang selepas Lubnan dan Israel saling berbalas serangan pada Isnin, satu perkembangan yang jelas menunjukkan bahawa konflik Iran kini semakin merebak di rantau itu.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memberi alasan ia membedil kedudukan pejuang Hizbullah di pinggir Beirut sebagai respons terhadap serangan misil dan dron yang dilancarkan kumpulan proksi Teheran tersebut sebagai menuntut bela atas pembunuhan didalangi Amerika Syarikat (AS) bersama Israel terhadap Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei pada Sabtu lalu.
Kempen pengeboman Zionis telah meragut lebih 30 nyawa dan turut menyebabkan gelombang perpindahan penduduk di kawasan selatan Lubnan.
Ketegangan antara Hizbullah dan Israel kembali memuncak sejak pelaksanaan gencatan senjata pada November 2024.
Sementara itu, Ketua Turus IDF, Eyal Zamir dengan angkuh menyatakan kempen serangan itu akan diperhebatkan dan dijangka berterusan selama beberapa hari.
Anggaran operasi itu dibuat setelah Presiden AS, Donald Trump menjangkakan Operasi Epic Fury ke atas Iran akan berlanjutan selama empat minggu. - Agensi
Ringkasan AI
- Situasi di Asia Barat kian tegang selepas Lubnan dan Israel saling berbalas serangan
- Pasukan Pertahanan Israel membedil kedudukan pejuang Hizbullah sebagai respons terhadap serangan dari kumpulan tersebut
- Kempen pengeboman di Lubnan menyebabkan lebih 30 nyawa terkorban dan perpindahan penduduk
- Ketegangan antara Hizbullah dan Israel memuncak sejak gencatan senjata November 2024
- Ketua Turus IDF menyatakan kempen serangan akan diperhebatkan dan berlanjutan selama beberapa hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

