NATO siap siaga hadapi ancaman berpotensi

BRUSSELS - Komander Tertinggi Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah, Jeneral Alexus Grynkewich sedang mengawasi perkembangan konflik di Asia Barat.
"Beliau akan terus menyesuaikan kekuatan NATO mengikut situasi terkini untuk memastikan keselamatan 32 negara anggota serta mempertahankan perikatan ini daripada sebarang ancaman," menurut kenyataan pakatan ketenteraan Barat tersebut.
Ia juga menyebut tentang ancaman misil balistik atau dron dari wilayah lain susulan hujan peluru berpandu yang berterusan di rantau Asia Barat.
Pada bulan lalu, Bloomberg melaporkan NATO telah mengalihkan tumpuan operasi pengawasan udara mereka di Turkiye dari Rusia kepada Iran ketika armada Amerika Syarikat (AS) siap siaga di Laut Arab.
"Pakatan itu semakin kerap mengerahkan pesawat radar AWACS dari bandar Konya untuk memantau Teheran," ujar laporan itu.
Ia juga mendedahkan Ankara telah mengemaskini pelan kontingensi untuk pemindahan berskala besar orang awam sekiranya berlaku konflik serius.
"Antara pilihan dibuat adalah menubuhkan kem berhampiran sempadan selain menghalang gelombang pelarian daripada memasuki ke negara tersebut," menurut Bloomberg memetik sumber rapat. - Agensi
Ringkasan AI
- Komander Tertinggi NATO di Eropah, Jeneral Alexus Grynkewich mengawasi konflik di Asia Barat
- NATO menyesuaikan kekuatan berdasarkan situasi untuk keselamatan 32 negara anggota
- Ancaman misil balistik atau dron dari wilayah lain di Asia Barat
- NATO alih tumpuan pengawasan udara dari Rusia ke Iran dengan armada AS di Laut Arab
- Ankara merancang untuk pemindahan besar-besaran orang awam jika berlaku konflik serius
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

