Janda tiga anak kahwini dua lelaki serentak

Majlis perkahwinan trio tersebut diadakan meriah pada akhir minggu lalu. Foto Agensi
Majlis perkahwinan trio tersebut diadakan meriah pada akhir minggu lalu. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang wanita di Thailand mengahwini dua lelaki serentak dalam satu majlis perkahwinan pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Khaosod English, Duangduan Ketsaro, 37, berkahwin dengan dua teman rapatnya itu di Buriram selepas trio tersebut menjalinkan hubungan selama beberapa tahun.

Kedua-dua lelaki warga Austria yang dikenali sebagai Roman dan Macky itu kini ‘hidup bermadu’.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu bersetuju untuk mengikat tali cinta dengan kedua-dua lelaki berkenaan setelah dia mula bercinta dengan Macky kira-kira setahun lalu.

Keluarga Duangduan juga tidak menghalang perkahwinan tersebut kerana kedua-dua lelaki itu disifatkan bertanggungjawab dan melayan anak-anaknya dengan baik.

Roman dan Macky masing-masing turut memberikan hantaran berjumlah satu juta baht (RM125,243) kepada isteri mereka itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Thailand mengahwini dua lelaki serentak dalam satu majlis perkahwinan
  • Duangduan Ketsaro berkahwin dengan dua teman rapat warga Austria, Roman dan Macky di Buriram
  • Pasangan hidup bermadu selepas menjalinkan hubungan selama beberapa tahun
  • Ibu tunggal kepada tiga anak, bermula bercinta dengan Macky setahun lalu
  • Keluarga tidak menghalang perkahwinan, kedua-dua lelaki disifatkan bertanggungjawab dan baik dengan anak-anak, dengan hantaran masing-masing sejuta baht

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!