Hizbullah lancar serangan roket, dron ke atas Israel sebagai tindak balas

Kumpulan Hizbullah. -Agensi
Kumpulan Hizbullah. -Agensi
A
A
A

BEIRUT – Kumpulan bersenjata Hizbullah yang disokong Iran memaklumkan pihaknya melancarkan roket dan dron ke arah Israel lewat malam Ahad sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, kumpulan itu menyatakan mereka melancarkan “bedilan peluru berpandu dan sekumpulan dron” ke atas Israel sebagai membalas “darah suci... Ayatollah Imam Sayyid Ali Al-Husseini Khamenei”.

Hizbullah turut menegaskan tindakan tersebut dilakukan bagi mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, selain sebagai respons terhadap serangan berulang Israel.

Ketegangan di rantau Asia Barat terus memuncak susulan konflik yang semakin meluas melibatkan Iran, Israel dan sekutu masing-masing. — Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hizbullah melancarkan roket dan dron ke arah Israel sebagai tindak balas pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei
  • Kumpulan itu menggunakan peluru berpandu dan dron sebagai bentuk balasan atas kematian Ayatollah Ali Khamenei
  • Tindakan Hizbullah bertujuan mempertahankan Lubnan dan rakyatnya
  • Serangan tersebut juga sebagai respons terhadap serangan berulang Israel
  • Ketegangan di Asia Barat meningkat susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan sekutu masing-masing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!