Konflik Asia Barat: Johor pantau pelajar di Mesir, Jordan

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memantau rapi keselamatan anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat ketika ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, seramai 330 pelajar Johor berada di Mesir manakala 210 lagi di Jordan.
Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia serta wakil pelajar di kedua-dua negara bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan tahap keselamatan mereka.
“Segala langkah dan tindakan yang diambil adalah berpandukan nasihat keselamatan serta kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di negara terlibat,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau turut menyeru semua pelajar supaya mematuhi sepenuhnya arahan dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan serta Kedutaan Besar Malaysia.
Selain itu, ibu bapa juga diminta agar tidak panik dan hanya merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih.
Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan dan keselamatan anak-anak Johor di Asia Barat sentiasa menjadi keutamaan, sambil mendoakan agar ketegangan yang melanda rantau itu segera reda dan keamanan dapat dipulihkan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Johor memantau keselamatan pelajar di Mesir dan Jordan akibat konflik di Asia Barat
- Seramai 330 pelajar Johor di Mesir dan 210 di Jordan
- Kerajaan negeri berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia dan wakil pelajar
- Pelajar diseru patuhi arahan keselamatan dari pihak berkuasa dan Kedutaan
- Kebajikan dan keselamatan pelajar Johor di Asia Barat menjadi keutamaan kerajaan negeri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

