Konflik Asia Barat: 1,936 pelajar Malaysia selamat

Zambry (tengah) menyampaikan Dana Fasa 1 Dapur Siswa Madani pada Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan di UMK Bachok, pada Isnin.
Zambry (tengah) menyampaikan Dana Fasa 1 Dapur Siswa Madani pada Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan di UMK Bachok, pada Isnin.
A
A
A

BACHOK – Kerajaan mengesahkan kesemua 1,936 pelajar Malaysia yang berada di Asia Barat setakat ini berada dalam keadaan selamat meskipun konflik serantau di rantau itu menunjukkan perkembangan yang membimbangkan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa memantau rapi situasi keselamatan pelajar di luar negara, khususnya di kawasan yang terkesan dengan konflik semasa.

Menurut beliau, pemantauan itu dibuat secara berterusan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.

"Setakat ini, laporan yang diterima mengesahkan semua masyarakat Malaysia khususnya pelajar kita berada dalam keadaan selamat.

"Tiada sebarang laporan kecederaan, panik atau insiden keselamatan yang membabitkan pelajar Malaysia diterima," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Iftar Mahabbah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Isnin.

Zambry menjelaskan, ketika ini terdapat sejumlah pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Jordan, 1,762 orang, Arab Saudi (135), Emiriah Arab Bersatu (21), Iran (13), Qatar (3) dan Kuwait (9).

"Apa pun kita akan terus memantau untuk memastikan keadaan pelajar kita di luar negara khususnya di kawasan yang terbabit dengan konflik ini akan dipantau sebaiknya," katanya.

Media melaporkan AS dan Israel melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran pada Sabtu, termasuk Teheran, dengan laporan kemalangan orang awam.

Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Artikel Berkaitan:

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu itu.

Ringkasan AI

  • Kesemua 1,936 pelajar Malaysia di Asia Barat berada dalam keadaan selamat meskipun terdapat konflik serantau
  • Kementerian Pendidikan Tinggi memantau situasi keselamatan pelajar Malaysia di luar negara dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri
  • Laporan diterima mengesahkan keselamatan pelajar Malaysia tanpa sebarang kecederaan atau insiden keselamatan
  • Sejumlah pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Qatar dan Kuwait
  • AS dan Israel melancarkan siri serangan terhadap Iran, Iran balas dengan misil ke wilayah Israel dan kemudahan tentera AS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!