Pijak al-Quran: Penuntut lelaki akan didakwa di Kuantan esok

Menurut Jabatan Peguam Negara, terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan.
Menurut Jabatan Peguam Negara, terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan.
A
A
A

PUTRAJAYA – Seorang penuntut lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), yang disiasat berhubung kes memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Rasulullah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang pada Selasa.

Menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Isnin, berdasarkan penelitian terhadap kertas siasatan mendapati, terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan.

“Dia berdepan dua pertuduhan iaitu pertama, mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran dengan cara memijaknya dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sementara pertuduhan kedua, dia dituduh memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melampau dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

“Bagi kes itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, seorang penuntut universiti ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan bagi kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner  Ashari Abu Samah berkata, reman dibuat selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penuntut IPTA akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan berhubung kes memuat naik gambar memijak al-Quran dan menghina Rasulullah
  • Kertas siasatan menunjukkan keterangan mencukupi untuk pertuduhan terhadap lelaki tersebut
  • Dia berdepan dua pertuduhan, memijak al-Quran dan memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melalui aplikasi Threads
  • Pertuduhan pertama membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, manakala yang kedua boleh membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara
  • Penuntut universiti tersebut ditahan reman pada 25 Februari untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!