Flavio Beck Junior
A
A

BAGI memantapkan lagi pasukan The Red Warriors (TRW), pemain import dari Brazil iaitu Flavio Beck Junior bersetuju untuk bersama-sama bagi memastikan Kelantan terus memburu kejuaraan dalam musim baharu ini.

Mengikat kontrak selama setahun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam satu kenyataan rasminya berkata, kehadiran Flavio akan memberi nafas baharu buat pasukan itu apabila pemain ini mempunyai kelebihan bermain di dua posisi iaitu tengah dan penyerang.

Mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia dan Asia Tenggara dan pernah mewakili Negeri Sembilan dan Borneo FC (Liga One Indonesia), ia mampu menyuntik semangat buat pemain dan juga peminat TRW.

Berumur 31 tahun, pemain yang berasal dari Augusto Pestana, Brazil ini dengan ketinggian 1.79 meter sangat optimis untuk menjalani latihan dan berdepan pelbagai perlawanan selepas ini.

Mengulas lanjut, Flavio akan menggunakan sebaik mungkin pengalamannya bagi membantu TRW selain gembira dengan rakan pasukan dan ingin memberi kerjasama sebaik mungkin dalam satu pasukan.

Bermula 2006, pemain muda ini sudah membarisi lebih 10 pasukan dan yang terakhir di Negeri Sembilan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia