MPSJ laksana disinfeksi di semua lokasi tumpuan

MPSJ turut melaksanakan Operasi Basmi Kuman (Disinfeksi) di semua pasar awam.
MPSJ turut melaksanakan Operasi Basmi Kuman (Disinfeksi) di semua pasar awam.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan kerja-kerja membasmi kuman (disinfeksi) secara berkala di beberapa kawasan bermula 30 Mac lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Noraini Roslan berkata, antara kawasan itu ialah pejabat MPSJ, pejabat cawangan MPSJ, lima pasar awam, tandas awam serta semua perhentian bas.

Menurutnya, kerja-kerja disinfeksi akan dilakukan selepas pembersihan selesai.

"Operasi Basmi Kuman (Disinfeksi) turut dilaksanakan di semua perhentian bas di jalan persiaran utama MPSJ dan akan turut dilaksanakan di kawasan perumahan/ hadapan sekolah," katanya.

Beliau berkata, MPSJ juga telah memberi notis kepada syarikat pengangkutan awam di kawasan MPSJ seperti Prasarana Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja disinfeksi.

"Ia meliputi stesen dan tren LRT manakala pihak KTM (Keretapi Tanah Melayu) meliputi stesen KTM Subang Jaya dan Serdang.

"MPSJ juga telah mengeluarkan poster dan panduan disinfeksi kepada semua pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka sebagai rujukan dalam usaha mencegah dan memutuskan rantaian wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: