Pusat undi di Subang Jaya juga lengang

Keadaan agak lengang di luar kawasan tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya di sini.
Keadaan agak lengang di luar kawasan tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya di sini.
A
A
A

PETALING JAYA - Peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya agak perlahan walaupun dalam keadaan cuaca baik.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Szen berkata, ini berdasarkan peratusan keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari iaitu sebanyak 25 peratus di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat keluar beramai-ramai mengundi di kawasan mengundi masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka.

"Jadi kami menyeru kepada semua pengundi agar keluar beramai-ramai sebab mereka hanya perlu meluangkan masa lima minit untuk lima tahun akan datang.

Michelle membuang undi di salah sebuah pusat undi pada pagi Sabtu.
Michelle membuang undi di salah sebuah pusat undi pada pagi Sabtu.



"Saya berharap jumlah keluar mengundi meningkat kerana destinasi 'kami' dalam tangan pengundi dan kami hanya boleh berharap dan berdoa," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, mengulas mengenai perjalanan proses pilihan raya negeri kali ini, Michelle berkata, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan setakat ini.

"Secara keseluruhan kita puas hati kerana semuanya berjalan lancar dan terkawal malah keadaan cuaca pada hari ini juga agak baik," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!