Bina keseimbangan rohani, emosi generasi muda

Guru-guru Kolej Vokasional Pengkalan Chepa di Kota Bharu tidak ketinggalan turut sama memberi sokongan kepada kempen World #QuranHour yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mac ini di Masjid As Siddiqin, Pengkalan Chepa.
Guru-guru Kolej Vokasional Pengkalan Chepa di Kota Bharu tidak ketinggalan turut sama memberi sokongan kepada kempen World #QuranHour yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mac ini di Masjid As Siddiqin, Pengkalan Chepa.
A
A
A

KOTA BHARU – Program World #QuranHour bertemakan ‘membentuk manusia sebelum membina dunia’ disifatkan sangat bertepatan dengan realiti cabaran masyarakat masa kini yang semakin rumit dan kompleks, khususnya melibatkan generasi muda dalam aliran teknikal dan vokasional (TVET).

Penceramah motivasi, Nik Muhammad Nik Lib berkata, transformasi dunia tidak boleh berlaku tanpa perubahan manusia dan ia perlu bermula daripada hati yang berpaksikan kepada al-Quran sebagai sumber utama pembentukan dalaman individu.

Menurut beliau, tema program berkenaan membawa mesej yang jelas bahawa pembinaan insan adalah asas kepada pembinaan tamadun dan pembangunan masyarakat.

"Untuk mengubah dunia, kita mesti mengubah manusia. Untuk mengubah manusia, kita mesti mengubah hatinya. Untuk mengubah hati, jawapannya ialah al-Quran.

"Dalam konteks pelajar Kolej Vokasional Pengkalan Chepa yang terdiri daripada kumpulan TVET dan teknikal vokasional, mereka ini bakal berhadapan dengan realiti masyarakat yang mencabar, menjadi tenaga separa mahir, usahawan dan peneraju sektor sendiri. Justeru, kekuatan dalaman sangat penting sebagai benteng diri," katanya.

Nik Muhammad
Nik Muhammad

Menurut beliau, penghayatan Surah al-Muzzammil yang menjadi fokus World #QuranHour kali ini amat signifikan dalam membina keseimbangan rohani dan emosi generasi muda.

Ujarnya, surah ini membentuk kekuatan dalaman melalui ayat 1 hingga 10, membina ketahanan emosi dan mental pada ayat 11 hingga 19, serta membina kelestarian dan kasih sayang melalui ayat ke-20.

Artikel Berkaitan:

"Ia sangat lengkap sebagai modul pembinaan insan," katanya.

Suhaireesam
Suhaireesam

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Pengkalan Chepa, Suhaireesam Sebon berkata, pendekatan program World #QuranHour yang akan diadakan pada 11 Mac ini amat sesuai untuk golongan remaja dalam usaha membina sahsiah diri dan memperbaiki kualiti kehidupan.

Menurut beliau, pembentukan jati diri yang kukuh perlu bermula dengan amalan asas seperti solat dan pembacaan al-Quran sebagai teras pembinaan akhlak dan disiplin diri.

"Program ini memberi ruang kepada remaja untuk kembali membina diri, memperbaiki sahsiah dan bergerak maju ke hadapan dengan nilai spiritual yang kukuh. Semua amalan baik bermula daripada hubungan dengan ALLAH, melalui solat dan al-Quran,” katanya.

World #QuranHour dijadualkan berlangsung pada 11 Mac ini akan diadakan di Masjid As Siddiqin dan menjadi sebahagian daripada kempen pembinaan insan yang menekankan kekuatan dalaman, keseimbangan emosi serta pembentukan generasi berakhlak dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Ringkasan AI

  • Program World #QuranHour bertemakan membangun insan sebelum dunia menyoroti cabaran generasi muda
  • Transformasi manusia dan dunia mesti bermula dari hati yang dibimbing al-Quran
  • Pembinaan insan dianggap asas pembentukan tamadun dan masyarakat
  • Penghayatan Surah al-Muzzammil ditekankan sebagai modul pembentukan diri
  • Program ini dirancang untuk memperkuat sahsiah remaja melalui praktik dari al-Quran dan solat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!