X

Kindly register in order to view this article
!

Saifuddin tersentuh lihat penjawat awam gigih buat hebahan PKP

Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah tersentuh melihat kegigihan petugas-petugas jabatan di bawah kementeriannya dalam membantu menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan memberi penerangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saifuddin menerusi Twitter berkata, petugas jabatan di bawah kementeriannya menjelajah ke setiap negeri bagi membuat hebahan awam dan sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk mengiktiraf kerja keras petugas terlibat dalam memberi kesedaran kepada orang awam untuk patuh PKP yang bermula pada 18 Mac lalu.

"Mengalir juga air mata melihat kesungguhan anak-anak buah saya berbakti kepada ibu pertiwi.

"Iktiraflah mereka dengan menonton video ini. Kami akan terus bekerja habis-habisan dalam perang melawan Covid-19," katanya yang turut memuat naik satu video memaparkan petugas melakukan hebahan awam mengenai PKP semalam.

Video berdurasi 2 minit dan 20 saat itu memaparkan petugas Jabatan Penerangan menjelajah ke kampung, taman perumahan dan pekan menggunakan kenderaan rasmi jabatan terlibat sepanjang PKP yang berlangsung ketika ini.

Beberapa petugas turut kedengaran memberikan mesej berbunyi seperti 'keluar jika ada keperluan mendesak' dan 'elakkan berada di jalan raya'.

PKP kini memasuki fasa kedua sehingga 14 April. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus