Undang-undang tidak aniaya lelaki ingin poligami

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan undang-undang yang ada dalam negara bukan bertujuan menyukarkan proses perkahwinan apatah lagi buat lelaki yang ingin berpoligami.

Sebaliknya, Pensyarah Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Zuliza Mohd Kusrin berkata, peruntukan itu boleh dianggap membantu lelaki.

Menurutnya, beliau juga menasihatkan supaya masyarakat tidak menganggap peruntukan itu untuk memenangkan wanita.

“Dalam poligami tak boleh ambil jalan ekspres. Lagi-lagi kalau satu nak urus satu keluarga pun dah terasa getirmya dari segi emosi, ekonomi.

“Pada saya, undang-undang diwujudkan dalam enakmen negeri sudah cukup cantik. Telah ada pindaan, bukan untuk aniaya lelaki nak poligami tapi ia perlu dilaksanakan mengikut syarak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian ke-85 bertajuk ‘Nikah Ekspres: Bukan Hanya Kejar Nafsu’ di Dewan Karangkraf, di sini, petang tadi.

Artikel Berkaitan: