Arwah Adam selalu mengadu penat - Rakan

Muhammad Adam Aiman Abd Hamid, 28, dilaporkan meninggal dunia pada petang Sabtu selepas motosikalnya terbabas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira tujuh minit sebelum waktu berbuka puasa.

A
A
A

JITRA – Mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Darul Aman berhampiran lampu isyarat Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Kepala Batas di sini sering mengadu penat bekerja sejak kebelakangan ini.

Muhammad Adam Aiman Abd Hamid, 28, dilaporkan meninggal dunia pada petang Sabtu selepas motosikalnya terbabas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira tujuh minit sebelum waktu berbuka puasa.

Menurut rakan mangsa, Mohd Hafiz Hashim, 28, kali terakhir dia bertemu arwah adalah pagi Sabtu selepas bermalam di rumah mangsa di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di sini.

“Kami tinggal setaman. Saya bermalam di rumahnya dan pulang ke rumah kira-kira jam 4.30 pagi untuk bersahur. Memang sejak kebelakangan ini dia kerap mengadu penat.

Mohd Hafiz
Mohd Hafiz

“Bila dia tidur pun saya nampak dia letih sangat. Tak sangka itu kali terakhir saya jumpa dia," katanya yang ditemui di sini.

Mohd Hafiz berkata, mereka bersahabat sejak tingkatan satu dan menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat baik serta mudah didekati.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam selepas dimaklumkan rakan lain dan bergegas ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Foto arwah Muhammad Adam Aiman Abd Hamid yang dikongsikan kepada media.
Foto arwah Muhammad Adam Aiman Abd Hamid yang dikongsikan kepada media.

“Saya memang terkejut. Tak sangka dia pergi buat selamanya. Arwah dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa di rumah,” ujarnya sebak.

Seorang lagi rakan mangsa, Mohd Haziq Abdul Razak, 24, berkata, dia menerima kiriman WhatsApp daripada rakan memaklumkan mengenai kemalangan tersebut ketika berada di rumah kakaknya di Taman Lumba Kuda.

“Saya terus ke tempat kejadian dan nampak beberapa rakan sudah ada di situ. Memang sukar terima kenyataan,” katanya.

Menurutnya, dia berkesempatan melihat jenazah arwah di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pagi Ahad.

Jasad arwah Muhammad Adam Aiman di bawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di Jitra sebelum dikebumikan pada Ahad.
Jasad arwah Muhammad Adam Aiman di bawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman di Jitra sebelum dikebumikan pada Ahad.

“Saya buka kain untuk lihat wajahnya buat kali terakhir selepas bedah siasat. Wajahnya nampak tenang seperti sedang tidur.

“Kehilangan ini sangat terasa sebab kami kenal sejak kecil,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Muhammad Adam Aiman Abd Hamid, 28, maut dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Darul Aman
  • Mangsa sering mengadu penat bekerja sejak kebelakangan ini
  • Mohd Hafiz Hashim, rakan mangsa menyatakan itu kali terakhir bertemu arwah pada pagi sabtu selepas bermalam di rumahnya
  • Mangsa dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa ketika kemalangan berlaku
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di badan dan kepala

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!