Makam berusia 1,200 tahun ditemui

PANAMA CITY - Ahli arkeologi telah menemui sebuah makam dipercayai berusia kira-kira 1,200 tahun di Panama yang turut mengandungi rangka manusia bersama artifak seramik dan emas.
Penemuan itu dibuat di tapak penggalian El Caño di daerah Natá yang terletak kira-kira 200 kilometer di barat daya ibu kota.
“Rangka itu dikelilingi oleh objek emas dan tembikar yang dihias dengan motif tradisional. Ia mungkin menjadi tempat persemadian individu berkedudukan tinggi,” kata ahli arkeologi, Julia Mayo sambil menambah makam itu dibina antara tahun 800 hingga 1,000 Masihi.
Tapak arkeologi El Cano dikaitkan dengan komuniti yang mendiami wilayah tengah Panama antara abad kelapan hingga ke-11.
Kementerian Kebudayaan Panama menyifatkan ia sebagai penemuan penting untuk mengkaji sejarah tinggalan di tanah genting Amerika Tengah yang menghubungkan Amerika Selatan dan Amerika Utara.
Sebelum ini, saintis bersama ahli arkeologi telah menemui tinggalan budaya pra-Hispanik lain di kawasan tersebut sejak kerja penggalian dijalankan selama dua dekad. - AFP
Ringkasan AI
- Ahli arkeologi menemui makam kira-kira 1,200 tahun di Panama yang mengandungi rangka manusia bersama artifak seramik dan emas
- Penemuan dibuat di tapak penggalian El Caño di daerah Natá, kira-kira 200 kilometer dari ibu kota
- Makam dihiasi dengan objek emas dan tembikar ber motif tradisional, menandakan individu berkedudukan tinggi
- Tapak arkeologi dikaitkan dengan komuniti abad kelapan hingga ke-11
- Penemuan ini penting untuk kajian sejarah tinggalan di Amerika Tengah, menghubungkan Amerika Selatan dan Amerika Utara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

