Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan tepi lebuh raya

Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, baru-baru ini. Foto ihsan PDRM.
Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, baru-baru ini. Foto ihsan PDRM.
A
A
A

NILAI - Tulang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah utara, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi, 2 November lepas daripada pekerja pembersihan lebuh raya yang menjumpai rangka tidak sempurna di lokasi berkenaan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa tulang dalam keadaan berkelompok yang dipercayai tulang manusia.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Abdul Malik berkata, setakat ini, tiada sebarang petunjuk dan bahan kes telah dihantar ke forensik untuk ujian makmal.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, rakan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Mantin melalui talian 06-7581222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Syafiq Azmy, 018-2247743. - bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tulang yang dipercayai rangka manusia ditemukan di lereng bukit Kilometer 24.5 Lebuhraya Kajang-Seremban
  • Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hashim mengesahkan laporan penemuan itu
  • Tulang dalam keadaan berkelompok, identiti mangsa masih belum dikenal pasti
  • Tiada unsur jenayah ditemukan pada lokasi kejadian
  • Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat tampil membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!