Rancangan mengarut Trump

Israel sebelum ini mengumumkan kawasan selatan Gaza akan dijadikan 'kem kurungan' penduduk Palestin. Foto Agensi
Israel sebelum ini mengumumkan kawasan selatan Gaza akan dijadikan 'kem kurungan' penduduk Palestin. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tampil dengan idea tak masuk akal lagi kerana didakwa mahu menubuhkan pangkalan tentera yang besar di Genting Gaza ketika situasi di enklaf tersebut masih tidak menentu dan terus dihujani bom Zionis.

Menurut pendedahan The Guardian yang memetik kandungan dokumen 'Lembaga Keamanan' untuk Gaza, ia akan berfungsi sebagai 'pangkalan operasi' untuk ribuan askar antarabangsa.

"Pelan itu termasuk pembinaan berperingkat pos kawalan tentera. Ia akan dikelilingi 26 menara pengawal berperisai dipasang pada treler, sebuah kawasan latihan senjata ringan, bunker dan gudang peralatan ketenteraan untuk operasi. Seluruh pangkalan itu akan dikelilingi pagar kawat berduri," jelas laporan itu lagi.

Pangkalan itu bakal dibangunkan di selatan Gaza untuk menempatkan kira-kira 5,000 tentera asing di bawah 'pelan keamanan' yang dicadangkan Washington.

Sumber rapat projek itu memaklumkan sekumpulan kecil pembida daripada syarikat pembinaan antarabangsa yang berpengalaman di zon perang telah melawat tapak berkenaan.

Rancangan itu bagaimanapun mula mengundang kritikan banyak pihak.

"Mereka dapat kebenaran daripada siapa untuk membina pangkalan tentera di sana?" soal peguam Palestin-Kanada, Diana Buttu.

Pelan mengarut itu dibongkarkan selepas mesyuarat pertama 'Lembaga Keamanan' yang kurang disenangi Hamas.

Pejuang bumi Gaza itu menegaskan sebarang laluan atau perjanjian politik berkaitan Gaza mesti berasaskan kepada langkah menghentikan keganasan Israel.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang disebut dalam perjanjian itu belum dikerahkan kerana beberapa negara yang terlibat dalam rancangan tersebut bimbang jika terlibat konflik dengan Hamas yang sehingga kini enggan meletakkan senjata. - Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump, didakwa ingin menubuhkan pangkalan tentera besar di Genting Gaza
  • Pangkalan tersebut direncanakan sebagai 'pangkalan operasi' untuk ribuan askar antarabangsa
  • Pelan pembinaan mencakup pos kawalan, menara pengawal, kawasan latihan, bunker, dan gudang peralatan
  • Pangkalan itu bakal ditempatkan di selatan Gaza untuk menampung kira-kira 5,000 tentera asing
  • Rancangan pembangunan pangkalan tentera ini telah mengundang kritikan dan pertanyaan mengenai kebenaran pembinaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!