Cabaran mengajar dalam talian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan memberi cabaran baharu kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar.

Pembelajaran dalam talian terutama google classroom yang diamalkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru dan pensyarah selain aplikasi zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan.

Para guru dan pensyarah turut memanfaatkan media sosial seperti whatsapp dan telegram dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan latihan.

Semuanya ini untuk memastikan pembelajaran pelajar tetap lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas dan bilik kuliah.