PM mohon maaf kepada warga Taman Medan, Dusun Tua

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua atas ketidakhadiran beliau ke Jelajah Perpaduan Madani yang diadakan di kedua-dua lokasi itu Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau tidak dapat hadir di kedua-dua lokasi itu kerana perlu menyantuni dan meraikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula 2 Ogos lepas.

Justeru, sebagai ganti kepada acara itu beliau akan turun padang ke Taman Medan pada pukul 9 malam esok (Ahad), diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).

"Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor," kata Anwar.

Khamis lepas Anwar asalnya dijadual menghadiri ceramah umum perpaduan di Taman Medan pada pukul 10 malam dan Dusun Tua (11 malam) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar kagum keberanian Ahmad Zahid

Sanusi perlu malu kes kecurian REE di Kedah - Anwar

Pemimpin negeri harus jadi contoh baik, bukan mencerca - PM

Anwar perjelas isu bawa lelaki Indonesia ke Kedah

Pelaburan Infineon RM25 bilion di Kedah bukti keyakinan pelabur

Pelaburan tambahan Infineon selaras gagasan Ekonomi Madani - PM

Pelaburan Infineon bukti Malaysia penting dalam rantaian semikonduktor