Pemandu roro terkejut bungkusan 'berat' dibawa pulang rupanya bom

Md Raduan menunjukkan tempat tiga butir disyaki bom mortar yang diletakkannya di depan rumahnya di Kampung Dato' Ahmad Razali, Sepang pada Jumaat.
Md Raduan menunjukkan tempat tiga butir disyaki bom mortar yang diletakkannya di depan rumahnya di Kampung Dato' Ahmad Razali, Sepang pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Seorang pemandu lori Roll On Roll Off (roro) tidak menyangka bungkusan barangan yang dipungut daripada kutipan sampah di Sungai Balak, Kajang berisi tiga butir menyerupai bom mortar pada Jumaat.

Lebih mengejutkan, bungkusan itu tidak disedari pemandu lori itu hingga membawanya pulang ke rumah di Kampung Dato' Ahmad Razali di sini.

Menurut Md Raduan Ghani, 41, dia bekerja seperti biasa pada jam 4 pagi menjalankan kerja-kerja membuang sampah.

"Ketika itu saya pandu lori ke Sungai Balak (Kajang) bagi kerja-kerja membuang sampah. Saya asingkan benda-benda yang berat.

"Selepas kerja selesai saya pulang ke rumah dan bungkusan plastik warna merah yang diasingkan awal tadi itu masih ada dalam lori...memang tak tahu apa kandungannya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Jumaat.

UPB KLIA tiba di lokasi bagi melaksanakan pemeriksaan tiga butir disyaki bom mortar pada Jumaat.
UPB KLIA tiba di lokasi bagi melaksanakan pemeriksaan tiga butir disyaki bom mortar pada Jumaat.

Kata Md Raduan, bila tiba di rumah dia keluarkan satu persatu barang itu dan terkejut objek itu ialah bom.

Jelasnya, jiran yang dimaklumkan kejadian itu segera menghubungi pihak polis.

Artikel Berkaitan:

"Saya terus ke Balai Polis Dengkil buat laporan. Memang tidak terfikir kejadian ini berlaku dan ini pertama kali jumpa benda pelik macam ini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan diterima pihaknya daripada pemandu terbabit kira-kira jam 3.30 petang.

Anggota polis melaksanakan pemeriksaan awal tiga butir disyaki bom mortar di sebuah rumah di Kampung Dato' Ahmad Razali, Sepang pada Jumaat. Foto tular penduduk
Anggota polis melaksanakan pemeriksaan awal tiga butir disyaki bom mortar di sebuah rumah di Kampung Dato' Ahmad Razali, Sepang pada Jumaat. Foto tular penduduk

Menurutnya, anggota Balai Polis Dengkil telah membuat kawalan awal sebelum Unit Pemusnah Bom (UPB) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digerakkan ke lokasi.

"Pemeriksaan telah dijalankan dan tiga butir disyaki bom itu telah dibawa keluar ke tempat selamat.

"Keadaan di lokasi terkawal dan bom itu akan dimusnahkan pada esok (Sabtu)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!