Tukang urut Thai diarah bayar pampasan 1,000 euro selepas tawar 'servis khas' tanpa persetujuan

Papan tanda pada pintu kedai yang tertulis dalam bahasa Jerman iaitu 'Tiada perkhidmatan erotik, hanya perkhidmatan perubatan' di premis berkenaan.
Papan tanda pada pintu kedai yang tertulis dalam bahasa Jerman iaitu 'Tiada perkhidmatan erotik, hanya perkhidmatan perubatan' di premis berkenaan.
A
A
A

BERLIN – Seorang tukang urut wanita warga Thailand diarah membayar pampasan sebanyak 1,000 euro (RM4,630) kepada seorang pelanggannya selepas didapati memberikan 'servis khas' tanpa persetujuan mangsa.

Pengadu yang juga seorang jurutera perisian dikenali sebagai Ben, 26, membuat laporan polis berhubung kejadian itu selepas mengurut di sebuah premis di Osloer Straße, Jerman.

Ben memberitahu media tempatan bahawa dia menempah urutan belakang badan melalui telefon sebelum datang ke premis itu sendirian.

Menurutnya, dia berasa yakin dengan premis berkenaan kerana terdapat papan tanda yang menyatakan tiada perkhidmatan 'happy ending' disediakan.

Laporan media turut memaparkan gambar papan tanda pada pintu kedai yang tertulis dalam bahasa Jerman 'Tiada perkhidmatan erotik, hanya perkhidmatan perubatan'.

Pada prosiding mahkamah, tukang urut dikenali sebagai Sukanya, 53, memaklumkan bahawa dia menyangka pelanggan tersebut mahukan urutan berunsur erotik.

Dia turut mengemukakan maaf secara bersemuka kepada Ben dan kedua-dua pihak mencapai persetujuan penyelesaian.

Mahkamah kemudian memerintahkan Sukanya membayar pampasan 1,000 euro dalam tempoh enam bulan.

Di media sosial Thailand, netizen mengkritik tindakan wanita itu, dengan ada yang menyatakan kes tersebut menjejaskan imej negara serta industri urutan Thai.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian lain pula berpendapat kejadian seumpama itu boleh menjejaskan reputasi tukang urut yang menyediakan perkhidmatan urutan perubatan secara profesional.

Ringkasan AI

  • Seorang tukang urut wanita warga Thailand didapati memberikan 'servis khas' tanpa persetujuan pelanggannya
  • Pelanggan, seorang jurutera perisian berumur 26 tahun, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Berlin, Jerman
  • Berdasarkan papan tanda di premis, tiada perkhidatan 'happy ending' sepatutnya disediakan
  • Tukang urut, Sukanya berumur 53 tahun, mengaku salah dan meminta maaf, setuju membayar pampasan 1,000 euro
  • Netizen di Thailand mengkritik tindakan tersebut kerana memberi kesan buruk kepada imej negara dan industri urutan Thai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!