Selangor batal bazar Ramadan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memutuskan kesemua bazar Ramadan di negeri itu dibatalkan buat masa ini berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, keputusan itu bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan.

“Kita akan memberi kebenaran jika Kementerian Kesihatan menyarankan bazar boleh diteruskan tetapi setakat ini ditangguhkan dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 di sini semalam.

Amirudin berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pagi semalam dan arahan pembatalan akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Saya percaya akan ada bazar Ramadan dalam talian kerana ada keupayaan untuk penghantaran,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: