X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Zulkifli buat kunjungan hormat Kedutaan Arab Saudi minggu depan

Zulkifli
A
A

PUTRAJAYA - Status perjalanan musim haji tahun ini akan diperincikan selepas mengadakan kunjungan hormat di Kedutaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan membuat temu janji tersebut dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai haji dan umrah.

Menurutnya, pertemuan itu dijangka membabitkan wakil Tabung Haji bagi membawa bersama isu berkaitan.

"Saya akan ulas kemudian selepas membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan kepastian mengenai hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang musim haji masih samar

Tangguh haji: Kerajaan akur pendirian Arab Saudi

"Insya-ALLAH pertemuan itu dijangka minggu depan. Sebelum ini kita dah ada hubungan baik atas nama Mufti Wilayah Persekutuan dan sekarang atas kapasiti menteri," katanya ketika ditemui pada program pelancaran Musaadah Khaira Pusat Pungutan Zakat di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten dalam satu kenyataan di stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu meminta umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji dan umrah sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal.

Memetik kenyataan itu, Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun kesihatan umat Islam menjadi keutamaan dalam keadaan dunia berdepan wabak Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!