Sila log masuk terlebih dahulu.

Cuaca panas beri cabaran kepada jemaah haji tahun ini

20 Mei 2023 | Video Shorts
A
A
A
BERITA MOJO 20 MEI 2023

Purata suhu waktu siang di Madinah ketika ini ialah sekitar 40 darjah Celsius dan waktu malam pula kira-kira 26 darjah Celsius, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria dari Madinah Al Munawwarah.

Tidak dapat dinafikan suhu pada kadar itu adalah amat panas terutama bagi jemaah haji Malaysia yang sudah terbiasa dengan suhu iklim khatulistiwa.

Berdasarkan kepada keadaan semasa itu, Pengarah Operasi di Madinah, Ashrof Shamsuddin menasihati jemaah haji yang akan tiba secara berperingkat bermula 21 Mei ini agar memberikan perhatian sewajarnya kepada keadaan itu.

Artikel Berkaitan: http://bitly.ws/EXK6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian