Murad Zaidi dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pengadu tarik kes

Syed Mohammad Murad. Foto Instagram Murad Zaidi
Syed Mohammad Murad. Foto Instagram Murad Zaidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis melepas tanpa membebaskan (DNAA) jurulatih transformasi berprestasi tinggi, Syed Mohammad Murad Syed Naseem yang lebih dikenali sebagai Murad "Baddestcoach” Zaidi, daripada pertuduhan berkaitan mencederakan stafnya tahun lepas.

Majistret Ameera Mastura Khamis membuat keputusan itu selepas pengadu, M Vijendrakumaraan, 47, memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak mahu meneruskan kes terbabit.

Perkara berkenaan disahkan peguam, R Morhaneraj yang mewakili pengadu dan peguam, Aizzat Mustafa, mewakili Murad Zaidi.

Menurut kedua-dua peguam berkenaan, pengadu telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia telah menarik balik aduannya pada Ogos 2025.

Murad Zaidi, 39, didakwa berhubung kejadian itu di Persiaran Seksyen U1, Shah Alam, kira-kira 8 pagi, 15 Jun 2025 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada hukuman itu.

Sementara itu, Murad Zaidi dalam kenyataan berkata, susulan penarikan balik kes berkenaan, tindakan sivil akan difailkan terhadap pengadu atas alasan kerosakan reputasi yang serius terhadap kedudukan profesional dan perniagaannya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Majistret Shah Alam melepas tanpa membebaskan Murad "Baddestcoach" Zaidi dari pertuduhan mencederakan stafnya tahun lalu
  • Keputusan dibuat setelah pengadu menyatakan tidak mahu meneruskan kes
  • Pengadu telah menarik balik aduannya pada Ogos 2025
  • Murad Zaidi didakwa atas kejadian yang berlaku di Shah Alam pada Jun 2025
  • Murad Zaidi akan mengambil tindakan sivil terhadap pengadu atas alasan kerosakan reputasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!