Mayat wanita dikerat: Polis sahkan ada penemuan baharu

Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dikerat dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.
Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dikerat dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan beberapa anggota badan dikerat dipercayai milik wanita di kawasan tapak pembuangan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar di sini pada pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ad Rahman berkata, kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Kenyataan akan diberikan sebab ada penemuan baharu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan penemuan tersebut melibatkan anggota badan lain atau sebaliknya.

Penduduk digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.
Penduduk digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.

Sebelum itu, penduduk di sekitar taman tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dikerat dalam kejadian di tempat pembuangan sampah kira-kira jam 7 pagi.

Mayat tersebut ditemui pekerja lori sampah yang sedang menjalankan kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Difahamkan, keadaan mayat yang ngeri apabila anggota badannya dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kota Kinabalu mengesahkan penemuan anggota badan dikerat dipercayai milik wanita di tapak pembuangan sampah Taman Indah Permai, Sepanggar
  • Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu akan mengeluarkan kenyataan berkenaan penemuan baru
  • Tiada penjelasan lanjut sama ada penemuan melibatkan anggota badan lain
  • Mayat wanita dikerat itu ditemui oleh pekerja lori sampah pada pukul 7 pagi
  • Anggota badan mayat tersebut dikerat dan dimasukkan ke dalam plastik sampah berwarna hitam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!