Lanjutan PKP: KPDNHEP benar syarikat meneruskan operasi

 Alexander Nanta Linggi.
Alexander Nanta Linggi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan syarikat-syarikat meneruskan operasi sepanjang tempoh perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran turut diberikan kepada syarikat untuk membuat persiapan.

"Pemain industri yang terdiri daripada pengeluar, pemborong, logistik, peruncitan dan e-dagang yang telah diberikan pengesahan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKPdibenarkan meneruskan operasi.

"Bagaimanapun waktu operasi tertakluk kepada arahan lain daripada Majlis Keselamatan Negara, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan berharap pemain industri memberi kerjasama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan mematuhi syarat-syarat untuk beroperasi yang telah ditetapkan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna itu lagi, surat pengesahan KPDNHEP kepada pemain industri hanyalah melibatkan sektor bekalan makanan dan perubatan.

"Pengesahan tersebut juga dipanjangkan kepada setiap rantaian pengedaran serta sub-sektor yang menyokong dan membantu pemain industri dalam sektor bekalan makanan dan perubatan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kebenaran untuk bekerja hanya terpakai kepada pekerja yang

Artikel Berkaitan:

disenaraikan di dalam permohonan syarikat yang telah diluluskan oleh KPDNHEP.

"Pihak majikan perlu menyediakan salinan surat kelulusan KPDNHEP berserta lampiran senarai

pekerja untuk memudahkan pergerakan pekerja-pekerja terbabit ke tempat kerja, menghantar bekalan dan pulang ke lokasi kediaman.

"Ini penting bagi memastikan penularan virus (koronavirus) Covid-19 dapat dibendung secara efektif," tambahnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau emelkan kepada spip@kpdnhep.gov.my.