Beras Cap Astana terus diwarisi, kekal pilihan merentas dua generasi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR  - Kepercayaan  terhadap sesuatu jenama makanan  lazimnya terbina dalam tempoh  panjang, diwarisi dari satu generasi  ke satu  generasi.

Situasi itu turut dialami Beras  Cap Astana yang kekal menjadi  pilihan sebahagian besar keluarga  di negara ini. Jenama beras yang dahulunya  dikenali sebagai Beras Cap Masjid  telah berada di pasaran hampir tiga  dekad dan mula diperkenalkan  dalam banyak isi rumah sejak era  1990-an. 

Bagi seorang suri rumah,   Rahmah Suhott, Beras Cap Astana  bukan sekadar keperluan dapur,  sebaliknya menjadi sebahagian  daripada rutin keluarga yang telah  diamalkan sejak beliau mula  berumahtangga. 

Rahmah Suhott
Rahmah Suhott

Rahmah mengimbau zaman  kanak-kanaknya yang mula  menikmati makan nasi Beras Cap  Masjid. 

Rahmah bekata,  arwah ibunya  adalah individu pertama yang  memperkenalkan beras berkenaan kepada  keluarga mereka kerana yakin dengan kualiti  dan kebersihannya.

“Dari dulu lagi emak guna beras ini. Apabila saya berkahwin, saya bawa ‘resipi’  kebiasaan itu ke rumah sendiri dan sampai  sekarang masih guna jenama yang sama,”  katanya.

Rahmah berkata, setiap kali memasak  nasi menggunakan beras tersebut, ia  mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang berkait dengan suasana makan  bersama keluarga besar.

Artikel Berkaitan:

Beras Cap Astana kekal digemari merentas generasi kerana kualiti yang konsisten.
Beras Cap Astana kekal digemari merentas generasi kerana kualiti yang konsisten.

Bagi anak perempuannya, Nor  Hafiza Nordin, 20, meskipun  terdedah dengan pelbagai jenama  beras baharu di pasaran, Beras Cap  Astana tetap menjadi pilihan utama  di rumah.

“Banyak jenama lain, tapi bila  kesesuaian untuk seisi keluarga,  kir soal rasa, tekstur nasi dan  kesesuaian untuk seisi keluarga,  saya masih pilih beras yang mak  saya masih pilih beras yang mak  guna sejak dulu,” ujarnya.

Nor Hafiza  mengakui,  kepercayaan terhadap jenama yang  telah lama digunakan memberi  keyakinan, khususnya apabila  melibatkan makanan ruji harian.

Pandangan sama dikongsi oleh  seorang lagi pengguna, Mahava Abd  Rashid, 64, berkata, beras berkenaan  telah digunakan sejak anak-anaknya  masih kecil sehingga kini cucunya  membesar turut menikmati beras itu.

Menurutnya, perubahan nama  kepada Cap Astana tidak menjejaskan  kepercayaan kerana kualiti beras yang  digunakan kekal sama seperti dahulu.

“Nama boleh tukar, tetapi rasa  nasi dan kualiti beras itu masih  seperti yang kami kenal sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata, beras tersebut sering  menjadi pilihan ketika majlis keluarga kerana  hasil nasinya yang cantik dan sesuai untuk  pelbagai jenis masakan. 

Sementara itu, cucunya, Muhd Haziq  Aiman, 20, mengakui generasi muda masih  cenderung memilih jenama sama walaupun  terdedah kepada trend dan pilihan moden.

Muhd Haziq
Muhd Haziq

Katanya, faktor kebiasaan dalam  keluarga serta keyakinan ibu bapa terhadap  sesuatu jenama memainkan peranan besar  dalam keputusan pembelian.

Nilai emosi dan kepercayaan kukuh

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik jenama, Capital Route Sdn Bhd, sebelum ini  menjelaskan bahawa penjenamaan semula  kepada Beras Cap Astana dilakukan bagi  mematuhi peraturan pelabelan tanpa menjejaskan identiti asal produk.

Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa  sumber beras, kawalan kualiti serta proses  pengilangan dikekalkan bagi memastikan  kepercayaan pengguna terus terpelihara.

Pemerhati industri berpendapat, jenama  yang mampu bertahan lama lazimnya  mempunyai nilai emosi dan kepercayaan yang  kukuh dalam kalangan pengguna.

Keupayaan Beras Cap Astana mengekalkan  pengguna setia merentas generasi membuktikan  bahawa konsistensi kualiti masih menjadi faktor  utama dalam pasaran beras tempatan.

Sokongan pengguna lama dan penerimaan  generasi muda, Beras Cap Astana dijangka terus  kekal sebagai jenama yang diwarisi dan  dipercayai dalam isi rumah Malaysia.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!