Misi protes jalan kaki: Kaki Chegubard melepuh selepas berjalan hampir 80km

Chegubard berehat sebentar selepas menempuh perjalanan hampir 80km dari Port Dickson kini di Melaka.
Chegubard berehat sebentar selepas menempuh perjalanan hampir 80km dari Port Dickson kini di Melaka.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan keadaan kakinya mula melepuh selepas berjalan hampir 80 kilometer dalam misi protes berjalan kaki menuju Mahkamah Johor Bahru.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, pada mulanya merancang untuk berhenti di Masjid Pekan Merlimau, namun memilih untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Al-Abidin, Air Tawar kerana masih mempunyai sedikit tenaga.

“Kehabisan tenaga, saya berhenti berehat dan menunaikan solat di sini. Insya-ALLAH akan teruskan perjalanan selepas Asar.

"Izinkan saya lelap sebentar... kaki sudah mula melepuh selepas hampir 80km,” katanya.

Chegubard turut berkongsi detik menyentuh hati apabila dimaklumkan ibunya dimasukkan semula ke hospital.

Chegubard menghubungi ibunya yang kini dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Chegubard menghubungi ibunya yang kini dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.

“Saya terus membuat panggilan video. Doktor beritahu jangkitan paru-paru menyebabkan mama agak letih untuk bercakap.

Artikel Berkaitan:

"Mama pesan buat apa pun dengan ikhlas dan kalau berjuang, kena bersungguh,” katanya.

Beliau turut mengimbas sumpah kepada arwah bapanya untuk terus berjuang demi rakyat, selain berjanji kepada ibunya untuk segera pulang ke hospital sebaik selesai urusan mahkamah pada Jumaat ini.

Chegubard kini sedang melaksanakan misi ‘Protes Jalan Kaki – Demi Maruah Diri dan Kembalikan Perjuangan ke Tangan Rakyat’ iaitu perjalanan solo menuju Mahkamah Johor Bahru bagi menghadiri sambung bicara kes pendakwaan mengikut Akta Hasutan pada Khamis dan Jumaat ini.

Beliau memulakan perjalanan dari Port Dickson pada Isnin sebelum melalui Melaka dan dijangka bermalam di Muar pada Selasa.

Perjalanan hari ketiganya dijadualkan berakhir di Surau Parit Andin, Parit Yaani, Johor sekitar jam 10.30 malam Rabu.

Ringkasan AI

  • Kaki Chegubard mula melepuh selepas berjalan hampir 80km menuju Mahkamah Johor Bahru sebagai protes
  • Beliau mendedahkan keadaannya melalui Facebook
  • Merancang berhenti di Masjid Pekan Merlimau namun teruskan perjalanan ke Masjid Al-Abidin
  • Ibunya dimasukkan semula ke hospital kerana jangkitan paru-paru
  • Memulai perjalanan dari Port Dickson dengan tujuan hadir sambung bicara kes pendakwaan mengikut Akta Hasutan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!