SPRM pulangkan wang hasil rasuah kepada rakyat - Azam Baki

Tan Sri Azam Baki ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di Menara Seri Wilayah hari ini. Foto Bernama
Tan Sri Azam Baki ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan SPRM di Menara Seri Wilayah hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan keutamaannya dalam memastikan wang hasil jenayah rasuah dikembalikan semula kepada rakyat melalui proses perundangan yang sah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tugas SPRM ialah merampas dan melucut hak hasil jenayah itu kepada kerajaan di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

“Penting bagi kami ialah mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat kembali kepada rakyat.

"Keputusan mengenai perbelanjaan wang hasil rampasan sepenuhnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan.

"Bagaimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan adalah keputusan kerajaan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Seri Wilayah di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Kata Azam, kerajaan dan MOF mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan pengurusan serta penggunaan dana berkenaan.

“Bukan tanggungjawab kami (SPRM) untuk memastikan ke mana wang itu dibelanjakan. Itu adalah tugas MOF,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025, SPRM merekodkan kejayaan besar apabila berjaya merampas dan memulihkan hasil rasuah berjumlah lebih RM8.5 bilion.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, pembekuan dan sitaan mencatat nilai tertinggi sebanyak RM6.95 bilion, diikuti penyelesaian berjumlah RM1.5 bilion, kompaun RM49.7 juta dan lucut hak RM8.1 juta.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!