Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung satu kajian dijalankan mengenai pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Konsep pemilihan Datuk Bandar ini bukannya perkara baharu pun. Di seluruh dunia, banyak negara demokrasi memang ada pilihan raya Datuk Bandar, jadi saya tidak nampak ini satu kontroversi, hanya kajian untuk lihat sekiranya ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

"Malah Ahli Parlimen lain di Kuala Lumpur termasuk daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Nik Nazmi Nik Ahmad turut menyokong usaha ke arah pendemokrasian DBKL," ujar Anthony ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, pada Selasa.

Tambah Anthony, kedudukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berbeza daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) lain kerana Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri yang dipilih rakyat.

"Jadi ini yang kita nyatakan bahawa ada usaha ke arah pendemokrasian untuk DBKL. Ini hanya satu kajian yang perlu dilakukan bagi melihat kebolehlaksanaannya.

"Tidak perlu mana-mana pihak cuba polemikkan. Ini satu kajian sahaja di peringkat DBKL, kita bincang kebaikan dan keburukan serta kelebihan dan kekurangan. Jangan diperbesarkan isu kerana ia belum pun dilaksanakan," kata Anthony. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cadangan mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak hanya dibawa oleh DAP tetapi juga disokong oleh figura politik lain
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa konsep pemilihan Datuk Bandar merupakan amalan biasa di negara-negara demokrasi lain
  • Pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur dianggap sebagai usaha pendemokrasian DBKL yang berbeza kerana Datuk Bandar dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Kerajaan Persekutuan
  • Ahli Parlimen dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut menyokong usaha pendemokrasian ini
  • Anthony Loke menekankan bahawa ini hanyalah kajian untuk menilai kebolehlaksanaan dan mengimbau agar tidak dipolemikkan sebelum apa-apa keputusan dibuat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!