Tapak pelupusan sisa pepejal seluas 1.4 hektar terbakar

Satu kebakaran membabitkan kawasan pelupusan sisa domestik seluas kira-kira 1.4 hektar terbakar di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina di Kulim pada Selasa. FOTO: JAS
Satu kebakaran membabitkan kawasan pelupusan sisa domestik seluas kira-kira 1.4 hektar terbakar di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina di Kulim pada Selasa. FOTO: JAS
A
A
A

KULIM – Satu kebakaran membabitkan kawasan pelupusan sisa domestik seluas kira-kira 1.4 hektar terbakar di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina di sini pada Selasa.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Faizal Sulaiman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.30 pagi sebelum menggerakkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lebih kurang tujuh kilometer.

Menurutnya, jentera tiba pada jam 6.50 pagi mendapati api sedang marak serta merebak di kawasan tapak pelupusan berkenaan.

“Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan semburan air dengan bantuan pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata, seramai 27 anggota terlibat dalam operasi itu, termasuk 12 anggota BBP Kulim Hi-Tech dan 15 pekerja syarikat swasta dengan kekuatan beberapa jentera bomba, jengkaut serta lori muatan air.

Seramai 27 anggota terlibat dalam operasi itu, termasuk 12 anggota BBP Kulim Hi-Tech dan 15 pekerja syarikat swasta dengan kekuatan beberapa jentera bomba, jengkaut serta lori muatan air.. FOTO: JAS
Seramai 27 anggota terlibat dalam operasi itu, termasuk 12 anggota BBP Kulim Hi-Tech dan 15 pekerja syarikat swasta dengan kekuatan beberapa jentera bomba, jengkaut serta lori muatan air.. FOTO: JAS

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemantauan udara mengguna dron dilakukan selain memasang alat pengukuran gas bagi memantau tahap kualiti udara di sekitar lokasi kejadian bagi mengenal pasti impak ke kawasan sensitif terdekat seperti kawasan perumahan dan sekolah.

"Buat masa ini bacaan indeks pencemaran udara (IPU) bagi stesen pengawasan kualiti udara ambien terdekat di Stesen Kulim Hi-Tech mencatatkan bacaan 60 iaitu dalam kategori sederhana.

Artikel Berkaitan:

"JAS Kedah juga menjalankan pemantauan menggunakan peralatan meter gas bagi mengesan sekiranya terdapat kehadiran gas-gas pencemar lain," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, orang awam dinasihatkan menjauhi kawasan terbabit.

Menurut beliau, selain pemantauan kualiti udara, JAS akan meneruskan siasatan bawah Seksyen 29A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi RM5,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum.

"Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya," jelas beliau.

 

Ringkasan AI

  • Kebakaran terjadi di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina, Kulim seluas 1.4 hektar
  • Bomban dan Penyelamat menggerakkan jentera ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut
  • Seramai 27 anggota, termasuk anggota bomba dan pekerja syarikat swasta terlibat dalam operasi pemadaman
  • Pemantauan kualiti udara dilakukan menggunakan dron dan alat pengukuran gas untuk mengenal pasti impak ke kawasan sensitif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!