Imam masjid meninggal dunia ketika laungkan azan

Allahyarham dikatakan rebah tiba-tiba ketika mengalunkan azan.
Allahyarham dikatakan rebah tiba-tiba ketika mengalunkan azan.
A
A
A

PANGKALPINANG – Satu peristiwa menyentuh perasaan berlaku di Masjid Al Ihsan, Kecamatan Pangkalbalam, Kota Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia apabila imam masjid itu meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini, Allahyarham kelihatan berdiri dengan penuh khusyuk di hadapan mikrofon ketika mengalunkan azan sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Jemaah yang berada di masjid bergegas memberikan bantuan dan membawa Allahyarham ke fasiliti kesihatan terdekat. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia.

Jemaah bergegas bantu dan bawa ke fasiliti kesihatan tetapi disahkan meninggal dunia.
Jemaah bergegas bantu dan bawa ke fasiliti kesihatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Pemergian Allahyarham ketika sedang melaksanakan ibadah mulia itu disifatkan oleh ramai pihak sebagai satu husnul khatimah.

Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai individu yang berdedikasi dalam menguruskan masjid selain aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan setempat.

Berita duka tersebut pantas tersebar dan mengundang rasa simpati orang ramai.

Ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan serta kekuatan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Imam masjid meninggal dunia ketika melaungkan azan di Masjid Al Ihsan, Pangkalbalam, Indonesia
  • Rebah tidak sedarkan diri sewaktu azan berlangsung, terakam oleh CCTV
  • Jemaah bergegas bantu dan bawa ke fasiliti kesihatan tetapi disahkan meninggal dunia
  • Pemergian dianggap sebagai husnul khatimah oleh banyak pihak
  • Beliau dikenali dedikasi dalam urusan masjid dan aktif dalam aktiviti keagamaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!