Malek Razak dilantik Panglima Angkatan Tentera ke-24 berkuat kuasa 1 Februari

Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.
Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 dan dinaikkan ke pangkat Jeneral, berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Pelantikan itu diperkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, sebelum mendapat perkenan rasmi pada 30 Januari 2026.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman luas, kredibiliti dan rekod perkhidmatan cemerlang Malek Razak sepanjang hampir 40 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Berdasarkan pengalaman serta kepimpinan beliau, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan ini akan memperkukuh kepimpinan dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran pertahanan negara.

"Kepimpinan baharu itu juga diyakini mampu memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM melalui pendekatan berteraskan integriti serta profesionalisme, selain mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Malek Razak memiliki kelulusan Diploma Strategik dan Keselamatan serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain Master of Arts in Defence Studies dari King’s College London, United Kingdom.

Beliau memulakan perkhidmatan ketenteraan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja dan memegang pelbagai jawatan di peringkat pemerintah serta staf, dengan jawatan terakhir disandang ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan Malek Razak sebagai Panglima Angkatan Tentera akan memperkukuh kesiapsiagaan serta kepimpinan ATM selaras dengan keperluan keselamatan negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-24
  • Pelantikan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2026
  • Pelantikan disetujui oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera
  • Malek Razak memiliki pengalaman hampir 40 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia
  • Memiliki pendidikan tinggi dalam bidang strategik, keselamatan, dan pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan King's College London

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!