AFC mula ‘masuk’ FAM Selasa ini

FAM ketika ini diuruskan oleh setiausaha agung dan bendahari susulan peletakkan jawatan beramai-ramai exco.
FAM ketika ini diuruskan oleh setiausaha agung dan bendahari susulan peletakkan jawatan beramai-ramai exco.
A
A
A

PASUKAN penilaian khas dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijadual memulakan proses 'bedah siasat' terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi bermula Selasa ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, proses temu bual dan penilaian itu pada asalnya dirancang bermula lebih awal, namun terpaksa ditangguhkan beberapa hari berikutan pertindihan dengan cuti umum.

“Sepatutnya mereka bermula 1 Februari, tetapi tarikh itu jatuh pada cuti umum. Kemudian 2 Februari juga cuti, jadi tidak sesuai untuk memulakan proses berkenaan.

“Jadi pasukan penilaian AFC akan mula ‘bekerja’ pada 3 Februari, Selasa ini,” katanya.

Sebelum ini, FAM telah menjemput AFC untuk membantu menilai dalam memberikan cadangan penambahbaikkan badan induk bola sepak negara itu susulan peletakkan jawatan kesemua exco pada Rabu lalu.

Proses penilaian itu akan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany dengan dibantu pakar perunding luar serta dua pegawai sekretariat FAM iaitu Setiausaha Agung dan Bendahari FAM.

Mengulas lanjut, Windsor menjelaskan bahawa proses tersebut akan dijalankan secara komprehensif merangkumi struktur pentadbiran serta tadbir urus badan induk bola sepak negara itu.

“Kita akan bawa hasil penilaian dan perubahan yang diperlukan ke dalam satu kongres khas. Semua ahli gabungan perlu menerima cadangan itu terlebih dahulu.

“Selepas ia (cadangan) diterima, barulah kongres pemilihan boleh diadakan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan penilaian khas dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memulakan proses penilaian terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Selasa
  • Proses temu bual dan penilaian sepatutnya bermula 1 Februari tetapi ditangguhkan kerana pertindihan dengan cuti umum
  • FAM menjemput AFC untuk menilai dan memberi cadangan penambahbaikan susulan peletakkan jawatan semua exco
  • Proses penilaian diketuai oleh Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany dan melibatkan pakar perunding luar serta pegawai sekretariat FAM
  • Hasil penilaian akan dibawa ke kongres khas dan perlu diterima oleh semua ahli gabungan sebelum kongres pemilihan diadakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!