Lelaki dikhuatiri lemas, jatuh sungai ketika memancing

KUALA KRAI - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa sedang memancing di atas Jambatan Chaning, Pahi pada Rabu malam.
Kehilangan mangsa yang berusia 23 tahun itu disedari oleh salah seorang rakan yang turut memancing bersama ketika itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.26 malam.
"Seramai tujuh anggota dari BBP Kuala Krai telah ke lokasi Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya.
Menurut beliau, setakat ini mangsa masih belum dijumpai selepas usaha mencari dan menyelamat dilakukan pada Khamis.
Ringkasan AI
- Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Jambatan Chaning, Pahi
- Kehilangan mangsa berusia 23 tahun disedari oleh rakan yang memancing bersama
- Panggilan kecemasan diterima pihak Bomba pada jam 9.26 malam
- Tujuh anggota dari BBP Kuala Krai bersama Unit Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi
- Mangsa masih belum dijumpai selepas operasi pencarian dan penyelamatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

