Mayat mangsa bot terbalik ditemukan

A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang pemancing yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaiki terbalik di perairan Selat Johor berdekatan Kampung Tebing Runtuh, di Iskandar Puteri semalam ditemukan tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Saifulizam Salleh berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan oleh nelayan pada jam 12.55 tengah hari.

"Mayat ditemukan pada jarak 100 meter dari tebing dan dibawa ke darat oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam, Saifulizam berkata, bot dinaiki mangsa bersama seorang lagi lelaki berusia 43 tahun terbalik dalam jarak 150 hingga 200 meter dari tebing.

Bagaimanapun, rakan mangsa terselamat selepas berenang ke rumah rakit berdekatan dan dibantu nelayan tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat pemancing yang lemas ditemukan di perairan Selat Johor
  • Ditemukan oleh nelayan pada jam 12.55 tengah hari
  • Berada pada jarak 100 meter dari tebing
  • Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut
  • Rakan mangsa terselamat selepas berenang ke rumah rakit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!