Bufet Ramadan Dorsett Putrajaya tawar 160 jenis hidangan pelbagai citarasa

PUTRAJAYA – Dorsett Putrajaya memperkenalkan Bufet Ramadan serta Pakej Bilik Khas Ramadan 2026 dengan menampilkan lebih 160 jenis hidangan pelbagai citarasa, bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba.
Bufet Ramadan 2026 yang bertemakan Citarasa Sajian Malam – Rasa & Riadah itu mengetengahkan gabungan masakan tradisional Melayu, sajian Barat serta pilihan antarabangsa menerusi stesen masakan secara langsung, hidangan panggang, pelbagai jenis sup, pencuci mulut dan minuman istimewa Ramadan.
Menurut Executive Chef Dorsett Putrajaya, Shamsul Rizal Johari antara kelainan utama tahun ini adalah penambahan variasi menu bagi memenuhi selera pengunjung yang semakin pelbagai.

“Tahun ini, seperti biasa, kami tampilkan sedikit kelainan. Selain hidangan tradisional, kami tambah lebih banyak sajian barat dan membuka seksyen khas 'western'.
“Kami juga perkenalkan menu seperti takoyaki serta pencuci mulut istimewa iaitu crepe, termasuk crepe berinti durian dan buah-buahan,” katanya ketika ditemui sempena sesi pratonton media baru-baru ini.
Menurut beliau, pemilihan menu dibuat berdasarkan permintaan serta trend citarasa semasa.
“Pemilihan ini berdasarkan rasa dan juga permintaan pelanggan. Sekarang ini, hidangan seperti itu memang menjadi kegemaran dan orang ramai mencarinya.

“Insya-ALLAH, sambutan tahun ini dijangka lebih baik berbanding tahun lalu. Kami berharap lebih ramai yang akan datang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.
Selain bufet berbuka puasa, Dorsett Putrajaya turut menawarkan Pakej Bilik Ramadan yang merangkumi penginapan bersama hidangan iftar dan sahur, khusus untuk tetamu yang ingin menikmati suasana Ramadan yang lebih selesa dan bermakna.
Ringkasan AI
- Dorsett Putrajaya memperkenalkan Bufet Ramadan dan Pakej Bilik Khas Ramadan 2026 dengan lebih 160 jenis hidangan
- Bufet bertemakan Citarasa Sajian Malam - Rasa & Riadah, menggabungkan masakan Melayu, Barat dan antarabangsa
- Executive Chef Shamsul Rizal Johari menambah variasi menu termasuk sajian Barat dan pencuci mulut seperti crepe durian
- Menu dipilih berdasarkan trend dan permintaan semasa, termasuk hidangan seperti takoyaki
- Pakej Bilik Ramadan merangkumi penginapan, iftar, dan sahur bagi tetamu yang mencari pengalaman Ramadan lebih bermakna
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
