Akibat ingin tahu, mangga 'terkunci' dalam hidung

HUNAN – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan kunci mangga kombinasi mengundang padah apabila alat berkenaan tersangkut di dalam hidungnya sehingga memerlukan bantuan anggota bomba untuk mengeluarkannya.
Insiden luar biasa itu menarik perhatian ramai selepas gambar mangsa dengan kunci mangga kecil tergantung pada hidungnya tular di media sosial.
Menurut laporan Oddity Central, kanak-kanak berkenaan dipercayai bermain dengan alat tersebut sebelum secara tidak sengaja memasukkannya ke dalam lubang hidung.
Bagaimanapun, objek tersebut tersekat dan tidak dapat dikeluarkan.
Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya, namun usaha menanggalkannya gagal kerana dikhuatiri menyebabkan kesakitan serta kecederaan pada hidung kanak-kanak tersebut.
Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati sebarang tarikan atau tekanan kuat berisiko mencederakan bahagian dalam hidung, termasuk septum.
Pasukan penyelamat mengambil keputusan memotong kunci mangga tersebut menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan kecederaan.
Proses berkenaan berjaya dilakukan dengan selamat dan kanak-kanak terbabit dilaporkan kekal tenang sepanjang operasi.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki tersangkut kunci mangga dalam hidungnya memerlukan bantuan anggota bomba untuk mengeluarkannya
- Insiden tersebut menarik perhatian ramai apabila gambar tersebut tular di media sosial
- Kanak-kanak tersebut bermain dan secara tidak sengaja memasukkan kunci mangga ke dalam lubang hidung
- Anggota bomba memutuskan untuk memotong kunci mangga menggunakan peralatan khas mengelakkan kecederaan
- Operasi mengeluarkan kunci mangga dari hidung kanak-kanak itu berjaya dilakukan dengan selamat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

