Dua kontena e-waste ditinggalkan dua tahun di Pelabuhan Barat

Nik Ezanee (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Pelabuhan Barat pada Rabu.
Nik Ezanee (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Pelabuhan Barat pada Rabu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Dua kontena bahan buangan terjadual daripada lima kontena yang ditahan di Pelabuhan Klang Barat dipercayai telah ditinggalkan selama dua tahun di kawasan pelabuhan sebelum dikesan dalam operasi yang dijalankan pada Selasa.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati kontena berkenaan dibawa masuk dalam tempoh berbeza, melibatkan campuran kontena lama dan baharu.

“Semakan mendapati dagangan ini dibawa masuk sekitar tahun 2024 dan 2025, manakala yang terbaharu direkodkan pada 24 Januari 2026.

“Terdapat kontena yang disyaki telah lama berada di kawasan pelabuhan tanpa dikeluarkan, sekali gus menyukarkan proses pengesanan pada peringkat awal,” katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Barat di sini pada Rabu.

Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan pengesanan adalah maklumat penerima yang tidak lengkap.

“Setakat ini, hanya satu atau dua penerima dikenal pasti, manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut beliau, dua kontena yang membawa e-waste diisytiharkan sebagai aluminium alloy post decoration, dengan negara asal masing-masing dari Amerika Syarikat dan Sepanyol, serta satu lagi kontena membawa sampah komersial dari Taiwan.

“Keseluruhan rampasan melibatkan lima kontena dengan anggaran berat 125,037 kilogram, terdiri daripada buangan terjadual dan sampah industri yang dilarang dibawa masuk ke negara ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 berkaitan pemalsuan dokumen dan penipuan, selain melibatkan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penilaian nilai rampasan masih belum dapat dibuat kerana perlu menunggu keputusan analisis daripada Jabatan Alam Sekitar.

“Sampel buangan telah diambil untuk analisis lanjut dan AKPS kini turut memantau beberapa kontena lain yang dikenal pasti berisiko bagi tindakan susulan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Dua kontena bahan buangan terjadual telah ditinggalkan selama dua tahun di Pelabuhan Klang Barat sebelum dikesan
  • Siasatan awal mendapati kontena dibawa masuk dalam tempoh berbeza dan melibatkan campuran kontena lama dan baharu
  • Maklumat penerima yang tidak lengkap menjadi faktor utama kelewatan pengesanan kontena
  • Dua dari kontena membawa e-waste dari Amerika Syarikat dan Sepanyol, serta satu lagi membawa sampah komersial dari Taiwan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, melibatkan pemalsuan dokumen dan penipuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!