Dua anggota polis didakwa minta, terima rasuah 'lepaskan' kes khalwat

Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM1,000 bagi melepaskan pasangan khalwat.
Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM1,000 bagi melepaskan pasangan khalwat.
A
A
A

KUANTAN – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM1,000 bagi melepaskan pasangan kekasih disyaki berkhalwat.

Tertuduh, Muhammad Safwan Mazlan, 28, dan Muhammad Amir Aizad Zahid 31 masing-masing berpangkat konstabel dan koperal membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan didakwa telah meminta wang tunai RM7,000 daripada pasangan kekasih.

Bayaran itu didakwa sebagai balasan agar mereka dilepaskan selepas ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan berkhalwat.

Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM1,000 bagi melepaskan pasangan kekasih disyaki khalwat.
Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM1,000 bagi melepaskan pasangan kekasih disyaki khalwat.

Perbuatan dilakukan kedua-kedua tertuduh di kawasan parkir terbuka berpalang di sebuah hotel di Teluk Cempedak di sini jam 1.15 petang pada 19 Januari 2025

Bagaimanapun, pasangan kekasih itu didakwa menyerahkan wang berjumlah RM1,000 di kawasan parking terbuka IIUM Kuantan, di sini keesokan harinya, kira-kira jam 2 petang.

Muhammad Safwan dan Muhammad Amir didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Suriawani Abdul Rahim manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ahmad Syamsul Akmar Yusof dan Halimaton Saadiah Abu Samah.

Sazlina kemudian membenarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kita turut mengenakan syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan untuk mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan kecuali pegawai penyiasat sepanjang perbicaraan, selain mengeraghkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Kes ditetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

Ringkasan AI

  • Dua anggota polis di Kuantan mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta dan menerima suapan
  • Mereka didakwa minta RM7,000 dari pasangan kekasih disyaki berkhalwat tetapi menerima RM1,000
  • Perbuatan didakwa dilakukan di kawasan parkir sebuah hotel dan diserahkan di tempat lain keesokan harinya
  • Terlibat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya
  • Dibenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu pengadu atau saksi dan menyerahkan pasport

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!