Dua pekerja pasar borong ditahan edar dadah

Ahmad Sukarno menunjukkan ubat batuk dan dadah yang dirampas.
Ahmad Sukarno menunjukkan ubat batuk dan dadah yang dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua beradik warga Myanmar ditahan secara berasingan kerana disyaki mengedar dadah syabu dan ubat batuk mengandungi kodeina di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada jam 10.15 pagi di pasar berkenaan.

"Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah, kita menahan abangnya berusia 46 tahun yang sedang baring di dalam bilik kediaman itu.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui empat kotak mengandungi 95 botol cecair disyaki ubat batuk yang mengandungi kodein serta satu peket plastik berisi dadah jenis methamphetamine seberat 53.79 gram," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Rabu.

Ahmad Sukarno berkata, kedua-dua suspek aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lalu.

"Siasatan mendapati suspek menjual RM10 untuk satu botol kecil, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti ahli sindiket lain serta sumber bekalan," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh kasar di pasar borong itu kini direman selama tujuh hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua beradik warga Myanmar ditahan kerana disyaki mengedar dadah syabu dan ubat batuk mengandungi kodeina
  • Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di pasar dan abangnya berusia 46 tahun ditahan di rumah
  • Polis menemui 95 botol cecair disyaki ubat batuk mengandungi kodein dan dadah jenis methamphetamine seberat 53.79 gram
  • Suspek aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak enam bulan lalu
  • Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!